Kelas Cuti Sekolah – Asas Ict & Video Editing
24 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23/12/2024 & 24/12/2024 kelas sempena cuti sekolah giat dijalankan bagi memastikan masa terluang anak-anak disekitar kawasan kampung Sebandi Ulu terisi dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat. Kelas ini telah mensasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah. Para peserta telah diberi penerangan mengenai perlatan komputer dan kaedah penggunaan. Selain itu aktiviti seperti pendedahan kepada perolehan bahan-bahan melalui internet sebagai bahan kandungan tanpa tuntutan hak milik diajar agar peserta lebih faham mengenai kandungan hakcipta. Selain itu peserta telah menjalakan praktikal menghasilkan video dengan menggunakan aplikasi Capcut.
Dengan pelbagai kelas yang telah dilaksanakan sedikit sebanyak dapat memberi impak positif kepada para peserta dan memberi kepelbagaian suasana pembelajaran di luar sekolah. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Penerangan
• Kaedah manipulasi video
• Praktikal
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: